Penyakit Apendiks

Posted on February 5, 2011 by

23


appendix-3

Assalamu alaikum. Saya baru didiagnos menghadapi penyakit apendiks dan memerlukan pembedahan. Saya ingin minta pandangan Dr Zaki tentang pembedahan yang akan dilalui, dan adakah kaedah lain untuk merawat penyakit ini?

Khairul Solihin
Alor Gajah

Terima Kasih saudara Khairul atas pertanyaan. Apendiks adalah  sebahagian dari struktur  usus, terletak di bahagian kanan usus (rujuk gambarajah di bawah).

Radang atau pembengkakan boleh berlaku di apendiks. Pembengkakan ini menyebabkan sakit yang mencucuk di bahagian kanan perut pesakit. Jika pembengkakan ini melibatkan juga jangkitan bakteria, ini boleh mendatangkan kemudaratan seperti apendiks pecah dan kemungkinan berlaku jangkitan di bahagian peritoneum (peritonitis). Tindakan awal adalah sangat penting untuk mengelak kemudaratan ini.

Pada peringkat awal, doktor akan memeriksa  dan membuat analisa ultrasound serta ujian darah untuk memeriksa  status penyakit apendiks dan jangkitan. Jika pembengkakan dan jangkitan dikesan, doktor akan mencadangkan untuk apendiks ini dibuang. Prosedur ini dipanggil appendicectomy.

Pada masa kini, appendicectomy dibuat melalui kaedah laparoscopic (http://en.wikipedia.org/wiki/Laparoscopic_surgery). Ini adalah yang meminimumkan komplikasi pembedahan dan hanya melibatkan tusukan kecil di perut pesakit untuk memasukkan alat pembedahan laparoscopic. Ini adalah kaedah terbaik untuk merawat penyakit pembengkakkan apendiks (appendicitis).

Pada pandangan saya, saudara Khairul boleh bincang dengan doktor untuk penjelasan lanjut tentang pembedahan yang akan dilakukan nanti.

Terima kasih dan selamat menjalani pembedahan!

Dr Zaki Ibrahim

About these ads
Posted in: Soal Doktor