Sakit belakang

Posted on December 2, 2010 by

1


Sakit belakang

Assalamualaikum. Salam ukhuwah Dr.Zaki. Saya mengalami masalah tulang yang agak serius kebelakangan ini. Sejak bulan Mei lepas, tulang belakang saya mulai sakit perlahan-lahan. Sakit ini menyerang saya kadang-kadang sahaja. Tapi sejak minggu lepas,sakit ini tidak surut-surut juga seperti sebelum ini. Saya tidak boleh berdiri lama, saya tidak boleh duduk tanpa menyandarkan badan pada apa-apa. Sakitnya bagai dicucuk-cucuk dan urat saya ditarik-tarik bagai terkena kejutan elektrik.

Adakah saya berkemungkinan mengalami slip disc? M0h0n jawapan yang terperinci daripada doktor.

Sungai Petani, Kedah.

Jawapan:

Waalaikumussalam. Terima kasih saudari yang bertanya. Saya berikan gambaran secara umum tentang masalah saudari tentang sakit belakang.

Selalunya sakit di bahagian belakang disebabkan oleh ketegangan otot (muscle sprain), tetapi jangan terlalu ambil ringan tentang sakit belakang yang mungkin adalah simptom kepada sakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan pada vetebrar disc, sendi vertebra, atau sakit yang bersangkutan dengan organ yang terletak di bahagian belakang seperti sakit buah pinggang, aorta atau pankreas.

 

Struktur tulang belakang manusia.

Sakit di bahagian belakang yang saudari sebut sebagai “electric pain” mungkin melibatkan saraf yg tertekan akibat dari unjuran disc yg terkeluar. Lihat gambarajah. Struktur disc boleh menekan pangkal saraf yang menyebabkan berlaku kesakitan yg disebut neuropathic pain.

Apapun, dapatkan khidmat nasihat doktor. Bincang dengan doktor untuk dibuat CT scan lumbar region melihat kepada struktur lumbar, disc dan pangkal saraf.

Terima kasih.

Dr. Zaki Ibrahim

Posted in: Soal Doktor