Assalamu alaikum. Saya baru didiagnos menghadapi penyakit apendiks dan memerlukan pembedahan. Saya ingin minta pandangan Dr Zaki tentang pembedahan yang akan dilalui, dan adakah kaedah lain untuk merawat penyakit ini?
Khairul Solihin
Alor Gajah
Terima Kasih saudara Khairul atas pertanyaan. Apendiks adalah sebahagian dari struktur usus, terletak di bahagian kanan usus (rujuk gambarajah di bawah).
Radang atau pembengkakan boleh berlaku di apendiks. Pembengkakan ini menyebabkan sakit yang mencucuk di bahagian kanan perut pesakit. Jika pembengkakan ini melibatkan juga jangkitan bakteria, ini boleh mendatangkan kemudaratan seperti apendiks pecah dan kemungkinan berlaku jangkitan di bahagian peritoneum (peritonitis). Tindakan awal adalah sangat penting untuk mengelak kemudaratan ini.
Pada peringkat awal, doktor akan memeriksa dan membuat analisa ultrasound serta ujian darah untuk memeriksa status penyakit apendiks dan jangkitan. Jika pembengkakan dan jangkitan dikesan, doktor akan mencadangkan untuk apendiks ini dibuang. Prosedur ini dipanggil appendicectomy.
Pada masa kini, appendicectomy dibuat melalui kaedah laparoscopic (http://en.wikipedia.org/wiki/Laparoscopic_surgery). Ini adalah yang meminimumkan komplikasi pembedahan dan hanya melibatkan tusukan kecil di perut pesakit untuk memasukkan alat pembedahan laparoscopic. Ini adalah kaedah terbaik untuk merawat penyakit pembengkakkan apendiks (appendicitis).
Pada pandangan saya, saudara Khairul boleh bincang dengan doktor untuk penjelasan lanjut tentang pembedahan yang akan dilakukan nanti.
Terima kasih dan selamat menjalani pembedahan!
Dr Zaki Ibrahim
linda
December 14, 2011
Salam Dr.,
Dr saya ingin bertanya disini, apakah gejala atau tanda2 yang menunjukkan kita ada apendiks ni. sebab beberapa hari kebelakangan ini saya seringkali mengalami sakit perut (bahagian kanan), adakah ini salah satu simptom saya mengidap apendiks..sebab apabila saya menekan bahagian perut ianya sangat sakit.
Zawawi
December 18, 2011
Salam, saya zawawi dari lumut,
saya ingin bertanya dengan Dr Zaki, saya telah mengalam penyakit kencing kotor dibahagian bawah kana perut pada 3 minggu yang lepas. Sakit yang memulas, sehingga pergi ke hospital, masuk air 1 botol dan di ambil sampel darah dan air kencing. Air kencing mengandungi sedikit darah. Saya telah pun membuat ujian x ray dan ultrasound, tetapi tidak ada apa apa tanda ada batu karang. Masaalah nya, sehingga hari ini kadang-kadang saya masih lagi terasa sakit sehingga ke bahagian tulang belakang dan pinggang. Apa pendapat Dr Zaki
mira sabriena
January 19, 2012
Kalau tertelan biji limau penyebab apendiks ke?
noorhidayana bt.zainudim
March 6, 2012
Dr..adik sye disahkan appendix.. menurut doktor yg merawatnya appendixnya belum critical, jdi adik sye diberi ubat..tetapi kadang2 sakit dibahagian kanan perutnya semakin menjadi-jadi..adakah adik saya perlu melakukan operation secepatnya?? sebelum menunggu hari operation apakah pemakanan atau perkara yg perlu dijaga oleh adik saya sebelum appendix itu pecah atau lebih teruk??trime kasih
afiqah mustaffa
March 9, 2012
ape plak pantang selepas pembedahan? dr segi mkanannye
mas
June 6, 2012
saya pernah di diagnos punya penyakit apendiks 5tahun lalu.tp saya tidak buat pembedahan kerana kos pembedahan masa itu tidak mampu utk saya lakukan.adakah ianya memberi kesan pada saya?buat masa skrg saya tidak mengalami sakit cuma kdg2 bila saya bangun mengejut baru perut saya terasa sakit tp hanya sekejap sahaja.
mas
June 6, 2012
berapakah kos pembedahan kini?
zulkarnain dolab
October 6, 2012
Anak saya operayion apendik mcm mna nak jaga lepas bedah permakanannya n lain2
soleha
January 12, 2013
salam, saya ingin meminta pendapat dan kepastian..
1 january 2013 sy di beritahu oleh doctor di klinik swasta bahawa kemungkinan sy mgidap appendiks, beliau nasihatkn supaya sy cek drh di hospital..
dan hari ini sy cari info lg pasal appendiks kerana sy mgalami kesakitan yg sama seperti minggu lalu, jadi sy keliru sama ada sy ni mengidap appendiks atau tidak?
-sy mengalami sakit yg mencucuk/menekan di perut sblh knn tp hanya skitar 3-5 jam
-hilang selera mkn & brt bdn mnurun
-mual-mual
-sakit/susah ketika mmbuang air besar
-pening kepala dan lemah badan
saya keliru hndak mmbuat cek up di hospital mane?
dan adakah sy pengidap appendiks?
aza
May 8, 2013
Tanda tanda apendix muntah, pucat, sakit perut, x dpt kentut dan berak bgs pergi hospital sb nt tktappendix pecah
nur athierah
October 19, 2013
salam.. saya baru lepas menjalani pembedahan apendik.. apakah yang perlu saya
lakukan jika bekas pembedahan itu bernanah?
Dr Zaki
February 11, 2014
Athirah,
Perlu segera ke Hospital. Masalah komplikasi selepas pembedahan yang agak common adalah jangkitan pada temppat pembedahan. Ini perlu tindakan segera.
zalika
February 10, 2014
salam Dr Zaki,
saya ingin bertanya,ade tak cara lain merawat apendiks selain pembedahan
Dr Zaki
February 11, 2014
Waalaikumussalam Zalika,
Appendiks adalah di sebabkan oleh jangkitan kuman kepada appendiks yang menyebabkan berlaku radang/bengkak pada appendiks. Rawatan awal adalah dengan memberi antibiotiks TETAPI jika keadaan sakit berterusan perlu kepada langkah definate treatment iaitu pembedahan kecil. Pembedahan appendiks sekarang dibuat dengan kaedah laparoscopic. tempoh pembedahan pendek dan tempoh untuk sembuh juga singkat.
terima kasih atas pertanyaan..harap membantu
zahira
June 12, 2014
setiap kali makan makanan pedas,lepastu rasa pedih perut..tu pun tanda sakit apendiks jugak ke?
Dr Zaki
August 12, 2014
Jawapan ringkas
1. Bukan di sebabkan appendiks tetapi lebih cenderung kepada sakit Gastritis atau peptic ulcer – hakisan acid di permukaan lapisan perut.
2. Sila jumpa doctor utk confirmation. sakit gastritis/peptic ulcer ada rawatan yg berkesan utk merawatnya
wassalam
Dr Zaki
reen
August 9, 2014
assalamualaikum …Dr Zaki …
Saya Reen …saya ingin bertanya kepada Dr , beberapa hari yang lalu suami saya baru membuat pembedahan appendiks …. yg pasti pembedahan yg suami saya terima bukanlah yang laparoscopic …. saya kurang pasti nama pembedahan itu … yang pasti pembedahan yang di sebelahnya ada lubang kecil …pertanyaan saya DR Zaki berapa lamakah lubang itu akak mengeluarkan cecair ? Dan satu lagi DR suami saya mengalami bengkak pada sisi rusuknya adakah itu normal Dr ?
Dr Zaki
August 12, 2014
Waalaikumussalam
jawapan ringkas,
1. jika bukan melalui kaedah laparoscopic, kaedah yang di gunakan adalah open surgery. iaitu membuka lapisan-lapisan perut untuk membuang appendiks.
2. Cecair yang keluar dari bekas jahitan adalah normal pada 3-5 hari selepas pembedahan TETAPI pastikan cecair itu bukan cecair nanah dan bahagian jahitan tindak membengkak/merah kesakitan.Ini mungkin tanda jangkitan pada luka pembedahan.
3. Jika ini berlaku, perlu tindakan susulan dari pihak Doktor dengan segera
4. Soalah puan tentang bengkak pada sisi rusuk – saya perlu penjelasan lanjut. jika ada boleh upload gambar
wassalam
Dr Zaki
Ariff Izzuddin
August 23, 2014
Salam Dr Zaki
Sejak dua hari yg lpas saya terasa sakit di bahagian kanan perut saya. Tetapi rasa sakit apabila saya makan tiada. Dan semasa membuang air besar saya tidak terasa sakitnya adakah saya menghidapi apendiks atau tidak?
dayana
September 21, 2014
salam dr zaki,saya telah menjalani pembedahan apendiks pada 19/7/14.tetapi saya masih merasa kesakitan pada bahagian pembedahan dan sekitar kawasan itu hingga ke hari ini.saya muhskil mengapa saya mengambil masa terlalu lama untuk sembuh sepenuhnya.kesakitan yang teramat sangat saya rasakan apabila saya bangun dari duduk.harap dr zaki dapat memberi pendapat dan cadangan mengenai masalah saya ini.sekian terima kasih.
Dr Zaki
September 22, 2014
Assalamualaikum wbt Dayana,
Maklum balas ringkas dari saya tentang persoalan saudari,
1. Saya jangkakan operation dibuat melalui kaedah laparoscopic
– selalunya hanya mengambil masa 2-3 minggu utk pulih sepenuhnya
– Pastikan tidak ada tanda-tanda jangkitan pada bahagian operation . Jika ada – cepat rujuk doktor
2. Sakit apabila bangun dari tidur selalunya di sebabkan oleh “bengkak” di bahagian lapisan dalam di sebabkan oleh operation.
Selalunya akan sembuh dalam 2 -3 minggu. Elakkan mengangkat bebanan yg memberi tekanan pada bahagian perut.
harap membantu
Dr Zaki
azizie
November 22, 2014
Assalamualaikum doc…
Anak saya mengalami sakit perut di bahagian pusat ..pihak hospital ingin menebuk lubang utk mencari punca penyakit.dan jika ada apendiks akan dibedah..saya meminta spaya pmbedahan secara laparoscopic namun pihak hospital mengatakan sukar dilakukan pada kanak kanak..adakah is benar…
Dr Zaki
November 25, 2014
Waalaikumussalam
Procedure ini adalah penting untuk mengetahui punca masalah sakit perut itu. Ianya adalah procedure penyiasatan dan pembedahan sekaligus jika punca penyakit di kesan, dlm kes ini appendix yang bengkak.
Kaedah laparoscopic adalah kaedah yang paling terbaik untuk pembedahan ini.
Ain
December 16, 2014
Assalamualaikum doktor,
Saya ingin bertanya, saya telah melakukan pembedahan apendiks pada tahun lepas. tapi, selepas daripada pembedahan yang saya lakukan.. sehingga sekarang saya mengalami sakit pada bahagian perut sebelah kanan. sakit seperti mencucuk- cucuk. saya ada pergi ke klinik untuk mendapatkan penjelasan dan rawatan mengenai sakit yang saya alami, tetapi kebanyakkan nya doktor telah memberi ubat tahan sakit kepada saya. saya telah banyak menelan ubat tahan sakit, saya juga takut untuk mengambil sebarang ubat lagi kerana sakit yang saya alami semakin bertambah. bolehkah seseorang itu untuk mengalami appendiks itu semula atau tidak? atau terdapat penyakit lain?
terima kasih.
Dr Zaki
June 1, 2015
Saya cadangakan :
1. buat ultrasound untuk check di bahagian itu…mungkin ada masalah baru melibatkan organ lain
2. Once appendix removed – it’s gone
3. jika keadaan berterusan – jumpa pakar bedar am ( general surgeon) untuk dapat penjelasan lanjut
wassalam
Dr Zaki
azrol
May 31, 2015
assalamualaikum Dr.
saya nak bertanya.kebelakangan ni saya terasa seperti ngilu (bukan sakit) di bahagian kanan abdomen.adakah tu juga simptom apendiks?
untuk pengetahuan Dr,saya dah ke klinik dan diperiksa oleh Dr di sana.ujian urin pun dah dibuat : normal – tanpa RBC ( batu karang) dan tanpa protein (buah pinggang rosak).
untuk tunggu nak jalankan ujian ultrasound pula kena tunggu lg 2 bulan..
azrol
May 31, 2015
oh ye,td lupa nk tanya.apa yg boleh saya buat dlm tempoh 2 bulan menunggu tu?maksud saya,untuk kurangkan / kontrol rasa ngilu tu dr terus merebak / berlarutan?ada apa2 makanan,cara atau ubat tak Dr?
terima kasih.
Dr Zaki
June 1, 2015
Ngilu di bahagian kanan abdomen adalah symptoms yang tidak typical dengan appendicitisis. Jika masalah appendicitis, selalunya White cell count akan tinggi.