Selamat Berpuasa

Posted on July 15, 2014 by

0


Ibadat puasa adalah ibadat yang di fardhukan ke atas seluruh umat manusia yang beriman kepada Allah dan rasulnya semenjak dari adam a.s Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ( Al baqarah 183)

Pakej keistimewaan Ramadhan ini pastinya adalah rahsia kekuatan umat manusia yang beriman kepada ajaran tauhid. Jika tidak mana mungkin ke fardhuan ini di wajibkan kepada manusia di setiap zaman. Selain dari aspek kekuatan ruhi, puasa juga memberi impak kepada kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar berlapar dahaga, tetapi tarbiyah dalam bulan puasa mampu menyediakan individu muslim yang peka dan berdisiplin terhadap budaya makan seharian.

Ramadhan menjadi madrasah terbaik untuk memulakan langkah menyeimbangkan tubuh badan mencapai kesihatan optimum. Semasa berpuasa, badan tidak perlu mengeluarkan asid dan enzim untuk memproses makanan. Kesannya, fungsi perkumuhan menjadi lebih efisen dan ini membolehkan sel-sel badan memberikan tumpuan terhadap proses pembuangan toksin melalui membakaran lemak. Tidak hairanlah jika puasa juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang menghadapi masalah obesiti. Inilah peluang yang perlu direbut selain keistimewaan-keistimewaan puasa yang lain.

Berpuasa mengajar kita berdisiplin untuk mematuhi waktu makan yang ditetapkan seperti berbuka pada waktu maghrib dan berakhir apabila menjelang subuh. Berbeza semasa tidak berpuasa, waktu makan seseorang hanyalah mengikut kehendak dan selera serta tidak mengikuti waktunya. Di samping membiasakan diri dengan waktu makan tertentu, puasa membentuk disiplin seseorang agar mengambil makanan pada kadar yang tertentu. Disarankan agar orang yang berpuasa mengambil makanan yang lengkap dan seimbang semasa berbuka dan bersahur untuk kecergasan yang berpanjangan Bulan puasa mampu menjadi titik permulaan untuk membentuk dan mengembalikan corak pemakanan sihat dan seimbang melalui disiplin yang kental.

Paling penting ialah cara bagaimana kita melihat puasa itu dari pelbagai dimensi dan bagaimana kita mengambil ibrah daripada roh Ramadhan khususnya dalam konteks kesihatan. Rasulullah SAW bersabda,” berpuasalah kamu, nescaya akan jadi sihat.” Akhirnya puasa akan meningkatkan kualiti kehidupan kita dan matlamat utamanya adalah mengabdikan diri kepada Allah.Jadikan Ramadhan ini madrasah terbaik untuk¬†mengembalikan kesegaran tubuh dan kesucian jiwa. Dengan dua kekuatan ini , insyaAllah langkah kita untuk memartabatkan Islam makin menyakinkan.

Posted in: Info Umum