Hukum Menggunakan Inhaler ketika berpuasa

Posted on July 21, 2014 by

0


Menggunakan inhaler( penyedut ubat lelah) bagi yang berpuasa, hukumnya?

Jawapan:Masalah asma pada adik saya

Penggunaan inhaler sebaiknya di elakkan di bulan puasa pada ketika siang hari dengan mengoptimumkan penggunakan inhaler jenis preventer (steroid) yang mampu mengelak dari serangan lelah di siang hari. Namum, jika keadaan MENDESAK dengan serangan lelah kepada individu yangs edang berpuasa, bagaimana hukum puasanya?

Pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini.  Para ulama dan doktor pakar memberi pandangan tentang isu ini sangat berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL

Posted in: Fiqh Perubatan