Masalah Migrain..tak habis-habis pening kepala

Posted on July 23, 2014 by

0


Assalamualaikum wbt Stressed Schoolboy with Head in Hands

 Saya menghadapi masalah yang sudah berlarutan hingga belasan tahun iaitu pening migrain. Saya mohon pencerahan tuan Dr tentang kaedah untuk mengelak serangan migrain. Saya tidak dapat mengenal pasti punca penyakit ini dan ianya berlaku tanpa di jangka.

Kak Wan Zahira

Jerteh , Ganu

Jawapan ringkas

Punca Migrain:

Sesetengah orang yang mengalami migrain dengan jelas dapat mengenal pasti pencetus atau faktor-faktor yang menyebabkan sakit kepala, tetapi ramai yang tidak boleh.

Pencetus migrain yang berpotensi termasuk:

  • Alahan dan tindak balas alergi
  • Cahaya terang, bunyi kuat dan bau tertentu atau minyak wangi
  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak tetap
  • Merokok atau terdedah kepada asap
  • Melewatkan makan atau berpuasa
  • alkohol
  • Turun naik kitaran haid, pil kawalan/cegah kehamilan, turun naik hormon semasa putus haid awal
  • sakit kepala stress/ketegangan
  • Makanan yang mengandungi tyramine , monosodium glutamat (MSG), atau nitrat
  • Makanan lain seperti coklat, kacang, mentega kacang, limau, bawang, produk tenusu dan tapai atau jeruk.

 

Rawatan migrain secara ringkas

Tidak melibatkan ubatan

  1. Mendapat tidur yang cukup
  2. mengurangkan tekanan /stress
  3. Minum air dengan mencukupi
  4. Mengelakkan makanan tertentu yang dikenal pasti pencetus migrain
  5. Senaman fizikal yang kerap.

Kaedah menggunakan Ubat

  1. Anti radang ( NSAIDs)- naproxen/abuprofen
  2. Paracetamol – panadol
  3. Anti Muntah – maxolon/stemetil
  4. Seratonin Agonist eg sumatriptan
  5. Ergotamin
  6. Selective serotonin reuptakes inhibitor
  7. Gabungan ubat

*Perlu nasihat doctor untuk menentukan ubat yang sesuai dengan tahap kesihatan anda

 

Rawatan untuk Elakkan serangan Migrain

 

Jika acap kali berlaku migraine, doktor akan menasihatkan untuk memulakan rawatan pencegahan .  Contohnya:

  1. Beta Blocker
  2. Acupuncture/urutan
  3. Bekam
  4. Herbs dan Vitamins B12, EnzimQ10 dan beberapa lagi yang terkenal untuk migrain

 

Mohon kak Wan pastikan yang sakit pening kepala ini betul-betul migrain dan bukan di sebabkan oleh penyakit lain. Ini sangat perlu pada peringkat awal diagnosis migrain.

Terima Kasih

Dr Zaki Ibrahim

Posted in: Soal Doktor