Pening dan rasa hendak pitam apabila Solat

Posted on August 12, 2014 by

0


Tuan Dr, 

Saya sering mengalami masalah pening dan terasa seperti hendak pitam apabila solat terutama apabila bangun dari sujud. Mohon penjelasan tuan. Adakah saya mempunyai apa-apa penyakit yang merbahaya?

Mamu Jamil

hypotension

Mamu Jamil,

Jawapan ringkas saya,

Apabila saya baca soalan mamu, saya yakin ramai di kalangan pakcik/makcik di luar sana juga mengalami masalah yang sama.

ini adalah jawapan ringkas saya :

1. Apabila kita sujud – darah banyak terkumpul di bahagian otak di sebabkan posture badan ketika sujud dan tarikan graviti. Apabila kita bangun dari sujud, darah yang kembali ke jantung terpaksa di pam dengan lebih kuat untuk sampai ke otak kerana otak/kepala sudah kembali kedudukkan asal. Ini di kenali sebagai  Hypotension Orthostatic atau postural hypotension –  adalah satu bentuk tekanan darah rendah yang berlaku apabila anda bangun dari duduk atau berbaring. Orthostatic hypotension boleh membuat pesakit berasa pening atau lightheaded, dan mungkin juga pengsan.

2.  Orthostatic hypotension selalunya tidak merbahaya.  Walau bagaimanapun, jika berlarutan lama orthostatic hypotension boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius, jadi berbincang dengan doktor jika  selalu merasa pening apabila berdiri. Ia lebih mendesak untuk berjumpa doktor jika  pengsan walaupun seketika

3. Orthostatic hypotension selalunya tidak memerlukan rawatan. Jika ke
s yang kritikal, rawatan bergantung kepada punca masalah.

Rawatan asas :

  • Minum air dengan secukupnya
  • Exercise untuk kuatkan otot kaki
  • Bangun dari posisi duduk/baring dengan perlahan-lahan
  • Stoking yang membantu pengaliran darah

4.  Jika dalam keadaan solat,  toma’ninah perlu di praktikkan agar memberi masa untuk jantung mengepam dengan sempurna. jika masih mempunyai masalah, ambil pendekatan rukhsah – solat dalam keadaan duduk.

Moga bermanfaat

 

Dr Zaki

 

 

 

 

Posted in: Soal Doktor