Merancang anak menurut Islam dan perubatan/ Family planning

Posted on August 26, 2014 by

0


contraceptiveSaya kongsikan serba ringkas pandangan mutakhir tentang isu merancang keluarga.

MERANCANG KELUARGA / FAMILY PLANNING

Perancangan keluarga adalah ilmu yang perlu di fahami oleh semua orang terutama yang akan mendirikan rumah tangga. Topik ini telah di bahas di pelbagai peringkat. Kesimpulan kajian di muatkan di dalam Kertas kerja dalam Bahagian Pertama, Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H)

Fakta asas tentang perancangan keluarga

1. Asas perkahwinan untuk mendapat zuriat

“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-

2. Rezeki semuanya telah di tetapkan oleh Allah. Menjarakkan anak kerana takut ketiadaan rezeki menyara anak adalah HARAM

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”
Surah al-An’am, 151

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”
Surah Isra’ 31

DI BENARKAN untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’,

Berikut adalah beberapa kaedah mengawal kehamilan yang terdapat di pasaran dan maklumat berkenaan hukum penggunaannya.

1. Kondom
– tidak melibatkan hormon
– murah dan mudah di dapati
– kekurangan : mudah pecah
– hukum : harus

2. Contraceptive pills/ pill perancang
– Melibatkan hormon terutamanya progestogen dan estogen
– terdapat beberapa jenis formulasi gabungan hormon-hormon ini
– kesan sampingan : Mual/muntah, Perubahan berat badan
Sakit payudara, Mood swing
– peratusan pencegahan kehamilan: 99%
– hukum : harus

3. Implan (implanon)
– melibatkan hormon progestogen
– implan di masukkan ke lapisan bawah kulit/dermis
– Berfungsi sehingga 3 tahun mencegah kehamilan
– Peratusan pencegahan kehamilan :99%
– kesan sampingan : Mual/muntah, Perubahan berat badan ,Sakit payudara
Mood swing, Jerawat, gangguan kitaran haid dan
kekadang tiada haid untuk seketika
– hukum : harus

4. Intra uterine device( IUD)
– Ada 2 jenis – melibatkan hormon progestogen atau IUD jenis copper
sekarang semuanya hanya jenis hormon ( Mirena)
– Berfungsi hingga 5 tahun mengawal kehamilan
– peratusan pencegahan kehamilan : 99%
– kesan sampingan : Mual/muntah, Perubahan berat badan ,Sakit payudara
Mood swing, Jerawat, gangguan kitaran haid dan
kekadang tiada haid untuk seketika
– hukum : harus

5. Depo injection
– melibatkan hormon progestogen yang di suntik pada otot setiap 3 bulan
– berfungsi hingga 3 bulan
– peratusan pencegahan :99%
– kesan sampingan : Mual/muntah, Perubahan berat badan ,Sakit payudara
Mood swing, Jerawat, gangguan kitaran haid dan
kekadang tiada haid untuk seketika
– hukum : harus

6. Vaginal ring ( Nuva ring)
– Melibatkan sejenis gelang yang merembeskan hormon di dalam vagina.
– gelang ini di letakkan di dalam faraj
– berfungsi selama 28hari
– peratusan pencegahan kehamilan:99%
– kesan sampingan : minimum
– hukum: harus

7. Tubal ligation ( Ikat tuib fallopian)
– Pembedahan kecil. Memotong/ikat saluran fallopian tube di dalam Rahim untuk mengelak persenyawaan.
– Peratusan pencegahan : 100%
– hukum ; HARAM

8. Vasectomy
– Pembedahan kecil
– memotong/ikat saluran keluar mani dari scrotum
– pencegahan kehamilan : 100%
– HUKUM HARAM

InsyaAllah bersambung

Dr Zaki Ibrahim