Berdarah..apabila buang air besar

Posted on November 6, 2014 by

0


stoma

Kes berdarah apabila buang air besar.

En Aminuddin seorang pesara tentera. Berumur 62 tahun. Berkahwin dan memiliki 6 orang anak dan 11 orang cucu. En Aminuddin di rujuk ke hospital oleh klinik luar di sebabkan oleh pendarahan apabila membuang air besar. Masalah ini telah berlaku sejak 3 bulan yang lalu. Dia mengadu sakit di bahgaian perut dan mengadu sukar untuk membuang air besar

Berat : 59kg (-3kg dalam masa 2 bulan)

Tinggi : 167cm

BP: 150/86

Abdomen : NAD

HS : dual no added sound

PR : No mass, prostate – NAD

Faecal test : POSITIVE BLOOD

Kes ini perlu di rujuk kepada klinik pakar pembedahan.  Sebarang pendarahan di dalam usus adalah serius dan perlu pemeriksaan lanjut. Procedure colonoscopy akan di jalankan untuk melihat dari dalam usus untuk mencari punca masalah. Oleh itu, pesakit yang di tawarkan procedure colonoscopy perlu sedar kepentingan procedure ini. Melalui procedure ini, sample dinding usus yang di suspect ada masalah boleh di ambil untuk pemeriksaan makmal.

Penyakit penting untuk di kenal pasti adalah kolorektal Cancer. Canser ini adalah sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser.

Cancer Sel ini adalah masalah hilang kawalan replikasi dan penggandaan. Dalam keadaan normal, akan berlaku “self destruct” apabila replikasi sel-sel rosak. Dalam situasi kanser, proses pembaikkan ini tidak berlaku,ini menyebabkan ketumbuhan berlaku dan terus membesar. Pembesaran ini mengambil ruang sel-sel yang baik/healthy.

Faktor risiko kepada kolorektal kanser.

  • Umur
  • Latar belakang keluarga/genetik
  • Diet – tinggi kandungan daging yang diproses
  • Alkohol
  • Rokok
  • Kegemukkan
  • Penyakit tertentu yang melibatkan usus – Ulcerative collitis and chron’s disease

Kolorekatal kanser akan di rawat untuk membuang sel-sel kanser melalui beberapa kaedah.
Pembedahan, Kimoterapi dan Radioterapi bergantung kepada keputusan pakar. Pembedahan kanser di bahagian usus besar kekadang menghasilkan stoma, iaitu usus yang di keluarkan ke permukaan kulit perut. (rujuk gambar)

Soalan yang sering di tanya oleh pesakit yang mempunyai stoma /kolostomi bag ini adalah kesucian untuk solat. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 – 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi. Muzakarah telah memutuskan bahawa

  • Pesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostami setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat.
  • Wudhu’ yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu’ tersebut terbatal.

Tindakan segera pesakit yang mengalami simtoms Pucat (Anemia), Bengkakkan usus, sembelit
Sakit perut pada bahagian kiri, buang air besar yang berdarah akan dapat membantu rawatan.

Terima Kasih

Dr Zaki Ibrahim