Apakah itu coronary stent?

Posted on November 25, 2014 by

0


PTCA_stent_NIH

Assalamualaikum wbt

Dr Zaki ,

Baba saya akan menjalani koroni sten. Mohon sedikit penjelasan mudah tentang prosedur ini. Saya telah buat sedikit bacaan di dalam internet tetapi makin celaru.

Syahrul

Alor Setar

Waalaikumussalam saudaray syahrul,

Alhamdulillah pertanyaan ini menggambarkan anda adalah anak yang soleh dan prihatin kepada kebajikkan baba anda. tahniah !

Menjawab pertanyaan tentang coronary stent ,

1. Ia adalah bentuk rawatan kepada masalah pembuluh darah artery coronary yang tersumbat yang boleh menyebabkan       sakit jantung ( heart attack)

2. Prosedur ini di buat di hospital besar yang mempunyai peralatan lengkap dan pasukan rawatan jantung yang mencukupi

3. Pakar jantung ( cardiologist) akan memasukkan rod kecil (catheter) melalui pembuluh di bahagian lengan atau pangkal

paha untuk menuju ke pembuluh coronary di jantung. Apabila sampai di pembuluh coronary, dye akan di masukkan              untuk mencari tempat yang  sempit/tersumbat.

4. Doktor cardiology akan membuat balloning dan memasukkan stent untuk membuka pembuluh yang sempit. lihat pada

gambar rajah

5. Sangat penting untuk pesakit mendisiplinkan diri dengan rawatan susulan dengan ubat terutama ubat (terutama ubat           mencairkan darah)   dan perubahan gaya hidup.

moga membantu.

Dr Zaki

Posted in: Soal Doktor