Apakah teknik terbaik untuk anak saya berkhatan ? Apakah yang di maksudkan dengan teknik khatan laser ?

Posted on January 8, 2015 by

0


khatan

Assalamualaikum wbt

Mohon penjelasan tentang teknik berkhatan yang paling baik sekarang ini. Anak saya berusia 10 tahun dan akan berkhatan pada cuti sekolah tahun ini. Klinik di kawasan rumah saya menawarkan teknik laser dengan harga rm130. bagaimana kaedah terbaik untuk menjaga anak saya selepas khatan. Adakah teknik laser ini yang terbaik. Mohon penjelasan Dr Zaki.

Terima Kasih

Abu Amdad

Waalaikumussalam Saudara abu Amdad

Saya sebut secara ringkas. Banyak penulisan di dalam internet berkenaan dengan berkhatan atau circumcision ini.

  1. Berkhatan adalah satu bentuk pembedahan. Walaupun ianya berskala kecil. Apa jua pembedahan akan terdedah dengan risiko. Contoh risiko : jangkitan kuman ( infection) , pendarahan( bleeding), human error ( kesilapan pembedahan)
  2. Khatan secara umumnya di hospital atau klinik menggunakan teknik pembuangan prepuce/foreskin atau kulup melalui. Prosedur pembedahan moden adalah dengan suntikan pembiusan pada pangkal zakar, clamp kulup yang akan di potong dan di pastikan penile gland (kepala zakar) tidak di potong. Memotong kulup mengikut teknit ’Dorsal Slit’ atau gullotin. Pembedahan teknik ’Dorsal Slit’ ini telah diterima sebagai prosedur khatan yang utama dan di lakukan di semua Hospital dan klinik-klinik kerajaan sehingga sekarang. Kaedah pemotongan kulup ini boleh menggunakan pisau pembedahan,gunting pembedahan atau electrocoutry atau di sebut laser. laser ini akan mengurangkan pendarahan dan membuat potongan sama dan kesan potongan yang cantik. kemudian diikat punca pendarahan dan menjahit kulit yang dipotong.
  3. Penjagaan selepas khatan :
    1. Sakit
      1. Makan ubat penahan sakit seperti paracetamol setiap 4 jam
    2. kebersihan zakar dan kawasan sekitarnya
      1. Pastikan tidak berbau yang mungkin di sebabkan oleh jangkitan kuman
      2. Mandi seperti biasa dan pastikan kawasan “pembedahan” di jaga agar tidak basah. Sebaiknya cover dengan plastik.
      3. Kawasan sekitar pembedahan boleh di cuci secara “gentle mopping” dengan antiseptic solution
    3. Elakkan kelembapan
      1. Selepas buang air kecil , boleh guna syringe untuk basuh bahagian pembukaan urethra sahaja tanpa menyebabkan basah pada bahagian lain
    4. Makan makanan yang sihat
      1. Elak makanan yang boleh mendatangkan kegatalan jika anak kita sentitif kepada makanan tertentu seperti seafood
      2. banyak memakan buah yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan imuniti
      3. Minum air secukupnya. Jangan kurangkan minum air kerana takut buang air kecil
    5. Dapatkan rawatan segera jika:
      1. pendarahan tidak henti
      2. sakit berpanjangan
      3. Bernanah atau bau yang tidak menyenangkan
    6. Selalunya Pesakit dapat kembali memakai seluar dan bermain selepas hari 5-7
  4. Teknik baru dalam berkhatan yang lebih modern adalah clamp technique. Tidak banyak tempat yang menawarkan kaedah ini. rujuk http://alisklamp.my/
  5. Khatan ini masa sesuai untuk eratkan jalinan dan hubungan “anak-ayah”.

Moga membantu

Dr Zaki Ibrahim

Posted in: Soal Doktor