Saya sering mengalami pendarahan hidung. Pendarahan ini berlaku tanpa sebab dan kekadang menyebabkan situasi yang memalukan apabila berlaku di khalayak ramai. Saya ingin bertanya apakah punca pendarahan ini berlaku dan apakah kaedah terbaik untuk merawat pendarahan hidung serta kaedah untuk mengelak dari pendarahan ini daripada berulang.
Hidung merah. Alor Setar, Kedah
Jawapan:
Saudara/i hidung merah,
Nama yang begitu unik dan sangat ironi dengan soalan yang ditanya. Moga selepas ini tidak lagi dipanggil hidung merah.
Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.
Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:
- Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
- Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
- Selesema dan flu
- Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
- Hidung terhantuk/trauma
- Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
- Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
- Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)
Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:
- Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
- Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah – Masalah pencairan darah
- Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
- Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak
Kaedah merawat asas kepada pendarahan hidung:
- Bernafas seperti biasa TETAPI menggunakan rongga mulut. ELAK bernafas melalui hidung
- JANGAN menghembus udara kuat melalui hidung
- Jangan banyak bercakap, batuk dan bersin. Ini akan mengganggu proses pembekuan Pada pembuluh darah
- Duduk atau berdiri dengan kepala sedikit ke hadapan
- JANGAN baring
- Beri tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Tekanan diberi di bahagian rawan.
- Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit
- Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
- Sentiasa pastikan rongga pernafasan tidak ada gangguan atau objek yang menghalang pernafasan. Dalam kes ini rongga pernafasan hidung sudah tidak berfungsi dengan baik. Pernafasan hanya bergantung kepada rongga mulut.
- Pastikan tiada sekatan pakaian atau objek luar dibahagian leher.
- Jika pendarahan berterusan. Perlu mendapat rawatan lanjut.
- Apabila pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.
Cara untuk mengelakkan hidung berdarah kembali:-
- Banyakkan minum air suam bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
- Jangan sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Takuti akan menyebabkan hidung berdarah, luka kembali. Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu kuat.
- Sekiranya mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
- Kemungkinan juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
- Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
- Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-
- Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat. Berasa hendak pitam atau pengsan.
arikichiki
June 10, 2013
Adakah hidung b’darah boleh dikait kan dengan sesuatu penyakit yg serius .. ??
Dr Zaki
February 11, 2014
Jika ada kesan lebam pada badan dan cenderung untuk mengalami pendarahan dan sukar untuk memberhentikan pendarahan dengan kaedah biasa seperti beri tekanan pada luka, ini perlu ujian lanjutan.
zam
June 13, 2013
terima kasih doktor. Maklumat yang berguna
Nor
June 21, 2013
Saya suka dengan artikel ini…..saya juga mengalami pendarahan hidung yang kerap terutama bila berlaku pendarahan hidung ia akan berulang dengan kerap sehingga kulit sensesitf di hidung saya betul sembuh dr luka…….. pendarahan akan kerap berlaku bila saya kerap tidur dalam cuaca sejuk beraircond atau kurang minum air…… ini menyebabkan saya takut untuk mengorek tahi hidung or menggosokan hidung. Saya juga telah melakukan ujian xtray kerana takut ketumbuhan atau kanser namun doktor mengesahkan hidung saya normal…… namun setiap kali berlaku pendarahan hidung yang kerap…… saya sentiasa risau dan malu jika ia berlaku di tempat awam.
haryanti mohamad
December 11, 2013
Anak saya sering mengalami hidung berdarah terutama di waktu mlm. Dlm setahun paling kurang dia akan mengalami 4 kali… dan kebiasaan gejala akan timbul jika dia bermain dlm cuaca panas.. telah dirujuk di klinik tp doktor kata tidak ada apa… kebimbangan saya adakah ada kaitan dgn penyakit kronik cthnya leukimia..mohon pandangan. Terima kasih
Dr Zaki
February 11, 2014
Puan Haryati,
Minta rujuk jawapan saya kepada Puan Fazilla. Kes hampir sama.
wassalam
fazilla nasri
December 18, 2013
Saya nak tanye anak saya umur 3thn lebih tapi kerap hidung dia berdarah..cam dlm thn ni (2013) 4kali tgh main2 hidup berdarah,dia memang aktif,kurang minum air suam pulak tu..saya btul2 risau takut2 ade ape2 yg serius ke?mane taknye satu2 nye anak kan…atau saya patut gi pakar kanak2 untuk buat pemeriksaan..atau ape yg patut saya buat tuk hidung anak saya tak akan berdarah lagi??Dr.Zaki boleh beri pendapat???
Dr Zaki
February 11, 2014
Puan Fazilla,
Anak puan kerap berlaku pendarahan hidung mungkin di sebabkan oleh salur darah di bahagian rongga hidung mengembang terutama di kala cuaca panas. Bahagian yang cenderung untuk berdarah di sebut “little area”. Jika ada sedikit trauma, bahagian ini cepat berdarah. Adakan anak puan suka memasuk jari ke hidung yang menyebabkan berlaku irritation di bahagian rongga?
Saya perlu maklumat lanjut Puan Fazilla.
wassalam
mus
January 27, 2014
kalau saya sering hidung berdarah selepas selesema mcm mana? dan selalunya sebelum berlaku pendarahan di hidung, saya sering pening kepala.
Dr Zaki
February 11, 2014
Waalaikumussalam Saudara Mus,
Terima kasih atas pertanyaan. Maklumat ringkas yang di berikan dalam soalan Mus membuatkan saya membuat kesimpualan ringkas mungkin Mus mengalami masalah chronic rhinitis di sebabkan alahan. Ini menyebabkan berlaku bengkak pada lapisan dalam rongga hidung yang mudah untuk berdarah.
Cuba google allergic rhinitis…please get back to me jika masih keliru
Noraini
June 16, 2014
boleh saya tau kalau platelet darah tinggi dari normal (670 x 10) ada petanda sebarang penyakit ker..
siti farra
June 16, 2014
Knp ank sye selalu hidung nye darah..ape sbb nye
mie
June 18, 2014
Anak lelaki saya sekarang berumur 9thn. Kes hidung berdarah dialaminya sejak berumur 7thn lg. Selalunya dia akn mengadu pening kepala slps itu br keluar darah, tak tentu masa, pagi malam ataupun masa tengah tidur. Biasanya jika darah keluar dia akan hembus hidung dia dan selepas beberapa hembusan akan keluar darah berlendir atau darah pekat baru darah akan berhenti… sya pernah jumpa doktor unit E.N.T tp doktor kata cuma salah satu faktornya adalah kerana hidung gatal. Tp saya peliknya sekarang semakin kerap, dlm sebulan mesti akn berdarah. Apa pandangan doktor, adakah sya perlu membawa ank sya utk membuat xray.
zarina
June 22, 2014
salam doktor,saya ingin bertanya pasal hidung berdarah.anak saya 8 thn sebelum ini x pernah mengalami hidung berdarah baru2 ini mengalami hidung beedarah 2x dlm seminggu.sekali semasa balik dr sek selang 3hr kena lg mlm semasa menonton tv….adakah itu normal doktor perlu ke saya bwk ke klinik….sbb saya risau.
Fazila Osman
June 26, 2014
hdung saya mmg krap bdrah .dlm shari kdang2 4 kali bdrah . ingat lagi masa saya sedang mnjawab exam stpm , hdung saya bdrah . ia mnyukarkn saya untk mnjwb soalan . rmai ckp saya mgkin kene leukimia . tp saya takot nk bjmpe doktor . slalu kluar hdung kanan nih .. hmm
italisa
July 18, 2014
Ibu saya berumur 63 tahun, mengadu pernah beberapa kali hidung kiri mengalir darah ketika bersujud dan mengalami sakit kepala sebelah kiri. Jika terkena air shower pon terasa sakit. Apa sebenarnya simptom-simptom ini?
shila
July 22, 2014
salam sejahtera doktor,saya shila..ingin bertanya,hidung saya jga sering berdarah x kira masa,apabila hidung berdarah saya tidak akan mendongak kepala..soalan saya,apabila darah berhenti keluar,kepala saya akan pening,kadangkala hendak pengsan…adakah itu perkara normal?
elizabeth
July 30, 2014
Hai selamat pagi doktor. Sy liza berumur 26thn. Hidung sy sejak2 akhir ni kerap berdarah. Kdg2 ia akn membuat sy kurang selesa. hampir setiap hari sy mengalami pendarahan hidung. Dan kepala saya akn skt dan pitam , dan mulai sesak nfs.adakah itu normal ?
marsya damia
August 3, 2014
Dr, tak ade ke cara lain untuk menghilangkan darah hidung. Saya daripada kecil lagi hidung kerap berdarah.
faridzuan
August 5, 2014
Salam dr, baru2 ni saya mengalami selsema yg agak teruk. Bila saya menghembus nafas dgn kuat utk kluarkan selsema tu, hidung saya mulai berdarah. Farah mngalir agk banyak. Saya baring dan biarkan slama beberapa minit. Bila dah ok saya cuci hidung saya dan hidung saya brfungsi mcm biasa. Namun, selang 2 hari hidung saya berdarah lagi. Kali ni ia mengalir tiba2 dan lbih banyak. Adakah masalah saya ni ade kaitan dgn apa2 sakit kronik dr? Selsema saya juga sudah hampir 2 minggu tak sembuh2.
Rymaa
August 6, 2014
assalamualaikum . doktor , hidung sepupu saya kerap berdara semenjak dari kecil lagi dan ada doktor mengatakan masalah ini boleh mengakibatkan dia hilang penglihatan di hari tua nanti . adakah cara mengubatnya doktor ??
Nana Moon Mieyzan
August 29, 2014
kwan saya slalu bedarah hidung tpi umur dea 14 tahun .. cuaca x panas pun hidung dea slalu brdrh … kdg3 dlm seminggu ade 2 3 kali mcm tu ? bila pegi check pihak hospital kata x de apa2 cuma ad organ dalaman yg penat .. boleh doktor bgi pncerahan organ ap yg penat agk2 nya smpai mnyebabkan hidung seseorang berdarah ??
Dr Zaki
September 10, 2014
Assalamualaikum cik Nana,
Saya kurang pasti apa yg di maksudkan dgn “organ penat” yg menyebabkan pendarahan.
Pendarahan hidung selalunya di sebabkan localise problem di bahagian rongga hidung ATAU jika ada masalah darah yang sangat cair di sebabkan oleh penyakit atau ubat cair darah.
Siti
February 19, 2015
Assalammualaikum Dr,hidung anak sy selalu gatal wpon dah pergi klinik swasta n klinik 1 malaysia,dorang bg ubat allergi. Tp anak saya mengadu masih gatal2 lg.umur anak 4 tahun.patutkah saya bawak pergi pakar ent?
Dr Zaki
June 1, 2015
Selain dari makan ubat anti allergy, perlu juga cari punca allergy itu. kot2 allergen itu terus menerus menggangu anak puan jika kita tidak identify punca masalah.
wassalam
Dr Zaki
Steven
March 10, 2015
Mgapakah tidak boleh baring masa mnghentikan darah mngalir ?
Dr Zaki
June 1, 2015
Darah itu boleh membeku dan block saluran pernafasan
Abdul Malek Abdul Rahman
March 18, 2015
Saya berumur 60 tahun. Hidung berdarah sudah menjadi kerap. Bila rujuk internet maka saya rasa jenis posterior yang kebanyakan berlaku pada orang berusia antara 50 sehingga 80an dan juga pada orang Cina. Kenapa dengan orang Cina? Tapi saya Melayu.
Dr Zaki
June 1, 2015
Saya cadang check blood pressure. Pendarahan hidung yang kerap pada usia tuan mungkin di sebabkan oleh darah tinggi. Jika tekanan darah ok, please buat ujian darah untuk check bukan maslaah kronik yang lain. Persoalan ethnicity – saya tak pasti.
wassalam
Dr Zaki
Suzie
April 28, 2015
Saya nak bertanya. Hidung anak saya dah 3 hari berdarah. Tapi bkn jenis darah yg mengalir tu. Bila dia.bersin hingus dia bercampur darah. Bila saya chek hidung dia. Dinding dalam tu bengkak dan ada tompok² putih di tepi² dinding dlm yg ujung. Bole Dr terangkan kenapa. Bahaya x?
Dr Zaki
June 1, 2015
Saya rasa ada masalah jangkitan bacteria. Please check/google – school sores/impetigo. jika betul school sores- perlu antibiotic cream.
Dr Zaki
ida
May 10, 2015
assalamualaikum dr..sy mnta pandangan..selepas bsalin anak kedua hidung sy kerap bdarah..kebelakangan ni ia kerap bdarah waktu malam semasa
sy tidur..sy tidak sedar hingga la ke pagi baru tahu hidung bdarah..takpe ke dr? serius keadaan tsebut? trima kasih dr..
Dr Zaki
June 1, 2015
Waalaikumussalam,
saya tidak merasakan ada kaitan dengan pregnancy. Pendarahan hidung di waktu malam ini mungkin di sebabkan oleh allergic kepada sesuatu di bilik tidur yang irritate hidung. kekadang kita tend utk garu/korek hidung yang sensitif ini dalam tidur tanpa di sedari..
sekadar pandangan berdasarkan maklumat yg di beri
Dr Zaki
Farah
May 10, 2015
Selamat petang dok , saya nak bertanya adakah normal hidung berdarah dalam kuantiti yang banyak ? Adakah ia berbahaya? Saya dari kecil mengalami hidung berdarah tapi dah lama tak kena tapi hari ni hari kedua hidung saya berdarah makin lama makin banyak darah keluar. Tadi pun mengambil masa 15min untuk darah behenti . Dan ia saya dapat rasa darah melalui di belakang tekak dan masa yang sama keluar pada hidung sebelah kiri . Harap doktor boleh bantu ..
Dr Zaki
June 1, 2015
Maaf atas kelewatan reply,
saya cadangkan untuk di buat ujian darah untuk pastikan tidak ada masalah kecairan darah. Jika kerap berlaku, ada procedure yang simple utk cauterize tempat yang sering berdarah.
dr zaki